Polisi Privasi & Penafian
Privacy Policy & Disclaimer
Tarikh Kemaskini Terakhir: 18-02-2026
1. Pengumpulan Data
- Data Input: Nama domain atau URL yang anda masukkan untuk diimbas.
- Data Teknikal: Alamat IP, jenis pelayar (User-Agent), masa akses, dan metadata permintaan.
- Hasil Imbasan: Rekod skor, butiran konfigurasi server, header keselamatan, dan status DNS domain.
2. Tujuan Penggunaan Data
- Menjana laporan analisis keselamatan masa nyata.
- Memantau trend keselamatan siber secara agregat.
- Penambahbaikan algoritma pengimbasan dan kestabilan sistem.
- Mencegah penyalahgunaan sistem seperti spam scanning atau serangan automasi.
3. Sifat Data Imbasan (Public Nature)
Portal ini hanya mengimbas maklumat yang tersedia secara umum di internet. Kami tidak menceroboh, menggodam, atau mengakses data sulit pelayan sasaran.
4. Perkongsian & Penyimpanan Data
Kami tidak menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga. Data mungkin disimpan pada infrastruktur pelayan/awan yang mematuhi amalan keselamatan yang munasabah untuk tujuan operasi dan rekod log.
5. Penafian Liabiliti (Disclaimer)
- Tiada Jaminan: Hasil imbasan adalah indikatif berdasarkan parameter pada masa semakan dibuat.
- Tanggungjawab Pengguna: Anda bersetuju menggunakan sistem ini hanya untuk tujuan sah. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian atau isu perundangan akibat salah guna maklumat.
6. Kuki (Cookies)
Sistem ini mungkin menggunakan kuki sementara untuk sesi pengguna, keselamatan asas, dan analisis trafik laman web.